TEMA DAN SYARAT
Pihak Smart Systech tidak akan melayan atau membangunkan sistem dan laman web yang mempunyai unsur-unsur yang melanggar undang-undang sivil dan juga undang-undang syariah. Selain itu, pihak Smart Systech tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan sistem atau laman web yang dibangunkan oleh Smart Systech.
Sistem atau laman web akan dipersembahkan melalui internet ('Online Demo') dan 'Source Code' tidak akan diberikan kepada pelanggan sekiranya bayaran perkhidmatan tidak dibayar walaupun sistem tersebut siap sepenuhnya dibangunkan.